Resipi Tradisi Warisan Seniman

Temukan Keunikan Cita Rasa Malaysia Di Setiap Sajian

Tentang Kami
Resipi Warisan diwujudkan untuk memelihara dan mempromosikan kepelbagaian makanan tradisional Malaysia yang kaya dengan warisan budaya. Kami ingin memastikan generasi kini dan akan datang dapat menikmati dan memahami sejarah di sebalik setiap resipi turun-temurun. Selain itu, platform ini menyediakan ruang untuk komuniti berkongsi resipi, pengalaman memasak, dan memperkenalkan makanan warisan ke pasaran global.
Nilai Kami
Resipi Warisan adalah sebuah platform digital yang menghimpunkan resipi makanan tradisional dari pelbagai suku kaum di Malaysia. Kami percaya bahawa makanan bukan sekadar keperluan, tetapi juga warisan yang perlu dihargai. Melalui laman ini, kami menyediakan maklumat lengkap mengenai penyediaan makanan tradisi, nilai pemakanan, serta kisah di sebalik setiap hidangan. Selain itu, kami turut menyediakan peluang kepada usahawan tempatan untuk memasarkan produk makanan warisan mereka

Lemang Seniman

"Lemang Seniman – Warisan Rasa, Sentuhan Seni! Dibakar sempurna dengan aroma buluh asli, pulut lemak berkrim, dan santan segar, mencipta kenangan raya yang tak terlupakan. Tiada raya tanpa Lemang Seniman – kelembutan rasa tradisi yang wajib dicuba! Nikmati keasliannya, rasai keistimewaannya!" Di buka untuk tempahan sekarang!

Order Now

Makanan Kering

Masyarakat Malaysia kaya dengan kepelbagaian makanan keringnya yang merangkumi hasil laut, makanan berasaskan daging, tumbuhan dan ulaman serta gabungan di antaranya. Nikmati keenakan Serunding Daging, Sambal Hitam, Kerepek Keladi, Rumpai Laut Sabah, Daging Salai, dan banyak lagi.

Order Now

Warisan Marketplace

Warisan Marketplace adalah platform e-dagang di dalam laman web kami yang membolehkan pengguna membeli bahan masakan tradisi, makanan sedia dimakan, dan peralatan memasak khas contohnya seperti lesung batu, dulang anyaman, dan periuk tanah. Produk yang ditawarkan adalah hasil daripada usahawan tempatan yang komited dalam mengekalkan keaslian makanan tradisional.

Order Now
  • Safuan Tower, Level 7, 80, Jln Ampang, Kuala Lumpur, 50300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur